Wednesday, December 24, 2008

Perkembangan projek…

Setakat nie, tak banyak yang berkembang melainkan aku dah tak pakai container untuk ‘katil-katil’ cacing aku, tapi sekarang buat sendiri dari kayu terpakai (nak save cost)… dan lebih mudah nak handle.

Alhamdulillah… selepas dapat katil baru nie, cacing-cacing aku pun dah semakin baik, dan baja pun dah semakin banyak. Cuma tak jual lagi, masih ada ruang untuk perbaiki baja-baja ini.

Yang pastinya, aku dah tak gunakan serbuk kayu untuk dijadikan makanan cacing aku. Tak menariklah bro…. Cuma makanan tambahan yang aku gunakan ialah hampas tebu dan batang pisang yang dah busuk.
Insya-Allah, dalam masa terdekat…. Produk baja aku akan dipasarkan. Kepada siapa....entah. Mana-mana yang nak baja organik tu, silalah hubungi saya.

Wednesday, December 3, 2008

TOYOGO – rumah baru untuk cacing JUARA

Lama gak tak update blog. Busy sikit selain beberapa masalah yang menghantui projek cacing aku. Pening kepala aku dibuatnya.

Disebabkan beberapa andaian yang mengaitkan ‘kematian’ cacing-cacing aku sebelum ini, aku buat andaian mungkin disebabkan rak@container yang aku gunakan tak sesuai, mungkin terlalu kecil untuk setiap kg cacing.

Akhirnya… kilang Toyogo di Sg Buloh diserbu. Inilah hasilnya….


Saturday, November 29, 2008

Mati tiada berkubur


Mati tiada berkubur... atas kertas A4 je... Cocon baru, takdelah rasa rugi sgt dan baja yang diperolehi first round.



Mak tgk Hery punya cacing sebelum bersama Eija lakukan tugas rutin asingkan baja.


Baru-baru nie, pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan kematian cacing-cacing di kedai aku. Berdebar gak… sampai call Hery berkali-kali untuk memastikan jumlah kematian cacing aku.

Alhamdulillah, yang mati tak banyak sangatlah… adalah dalam 40 ekor. Kemudian selepas mendapat khidmat nasihat dari Dr Az dan Bro Tam… keadaan kembali terkawal.

Maybe, cacing-cacing baru baru-baru ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan medium ataupun sebab tak buka lampu di waktu malam, menyebabkan cacing nie jadi liar keluar dari mediumnya.

Apapun, ada berita baiknya. Banyak cocon baru (cocon nie macam telurlah), yang mampu melahirkan lebih banyak cacing.

Kedudukan rak juga dah berubah. Tambah satu rak baru, khususnya utk bro Azmi punya cacing. Apapun… selamatlah untuk seketika cacing-cacing aku nie.

Sunday, November 23, 2008

Juara Agro dapat kawan baru dari Danbage & Juara Farm

Semalam, Juara Agro mendapat 15 kg lagi kawan untuk menemankan 10kg cacing juara. 10kg dari cacing Azmi Danbage dan 5kg dari cacing Juara Farm milik Hery.

Nampak gayanya, makin beratlah tanggungjawab kat sini, makin banyaklah belanja pengurusan... tapi apa juga cabaran, terpaksa diteruskan.



Aku sedang memeriksa dan memasukkan cacing ke dalam medium milik Azmi.


Hery, Shafil dan mak aku... sibuk membantu mengasingkan cacing utk dimasukkan dalam medium



Geli ke tgk cacing nie? Afizuddin jadi tetamu yg datang dgn famili dia. Pic terakhir nie adalah rak yang menempatkan banglo cacing Juara Agro, Juara Farm dan Danbage.

Friday, November 21, 2008

Juara Cacing di Singgahsana sendiri

Akhirnya selepas seminggu bermalam di tempat orang, akhirnya hari ini Juara Cacing memulakan kehidupannya di tempat sendiri di Bukit yang Sentosa.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun banyak halangan yang cuba menghalang.

Insya-Allah, hujung minggu nie 15kg tiger worm akan masuk ke sini, 10kg kepunyaan `Azmi Danbage’ yang nak turut serta dalam projek nie selain 5kg lagi oleh Hery. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Doakan kami menemui kejayaan sempurna, demi mencari rezeki yang halal demi mencari kehidupan yang diberkati Allah. Insya-Allah

Monday, November 17, 2008

Perternakan Eisenia Fetida untuk apa …. ?






Semenjak menceburi dunia ternak cacing ini, hidup aku dan keluarga ‘terarah 100%’ terhadap projek yang baru bermula ini, agar modal yang dilabur mendatangkan hasil yang memberansangkan kepada kehidupan kami sekeluarga.


Kenapa orang menternak cacing? Antaranya ialah untuk mendapatkan baja organic cacing atau vermikompos. Begitu juga aku dan Juara Agro Resources… target kami adalah untuk menghasilkan baja vermikompos ini daripada 10kg cacing Eisenia Fetida atau lebih dikenali sebagai cacing harimau (tiger worm).
Baja organik cacing (vermikompos)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.

Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien..

Operasi bersih kedai...


Heri bekerja keras membersihkan kedai.

Heri & serbuk kayu serta taik kambing yang direndam. Kena rendam sebulan beb.

Lupa nak update, malam Sabtu baru-baru ini, kami membersihkan kedai, untuk masukkan barang-barang dan peralatan. Nanti senang, minggu depan nak masukkan cacing plak. Dalam masa yang sama, rendamlah apa-apa yang patut... yang bakal disajikan buat cacing-cacing ini.

Taik kambing, taik lembu dan serbuk kayu (aku guna serbuk kayu bekas cendawan), bukan sahaja sebagai sajian kepada cacing-cacing ini, malah ia juga merupakan `tempat tidur’ kepada haiwan primitif yang wujud di sekitar kita, lama sebelum nenek moyang kita meneroka bumi yang kita pijak sekarang ini.

Monday, November 10, 2008

Perjuangan ‘cacing’ sudah bermula.

Berbekalkan sedikit semangat dan simpanan yang ada kat CIMB Unit Trust, akhirnya niat aku untuk berniaga, insya-Allah akan menjadi kenyataan. Jika sebelum ini, aku berhasrat untuk menternak ikan keli, namun disebabkan beberapa masalah terutamanya mendapatkan lokasi atau tanah untuk projek ikan keli ini, akhirnya aku ditemukan dengan projek lain…. Cacing.

Lebih best, rupa-rupanya Rostam @ TAM motosport yang menjadi ‘dalang’nya. Jika dengan dunia bermotoran, dia dikenali dengan nama Tam Motosport tapi dalam arena projek cacing nie, dia dah jadi Tam Agro Ventures.

Aku berminat untuk turut serta dalam projek ini, terus keluarkan sedikit `simpanan hari tua’ di CIMB Unit Trust, dan buka Juara Agro Resources untuk projek cacing nie.

Dengan bantuan Hery, yang telah pun berhenti kerja kat ‘opis’nya tu, akhirnya kami dapat menyewa sebuah kedai ‘terbengkalai’ di Bukit Sentosa 2, tempat bermulanya projek ini nanti. Mak dengan abah pun bersemangat, selain bini aku yang faham dengan `karenah poyo’ aku nie. Insya-Allah, kalau semua sepakat dan kerjasama… projek cacing nie boleh berjaya, kalau orang lain boleh kenapa tidak dengan kita.

Alhamdulillah, petang tadi aku sempat ke Tam Agro, untuk melihat 6 kilo cacing pertamaku… insya-Allah dalam masa terdekat nie, dapat lagi 4 kilo. Kalau ada duit lebih nanti, aku rancang nak tambah lagi 10 kilo…. Okey ker Bro-TAM? Buat sahabat-sahabat lain yang telah pun menceburi bidang nie, tolonglah tunjuk ajar saya. Saya budak baru belajar, tolong-tolonglah tunjukkan agar saya juga boleh berjaya....

Sunday, November 2, 2008

Bersihkan apa yang patut…

Hari nie, aku dah pun buat payment kat abg TAM, insya-Allah, next week adik aku akan mula belajar teknik terbaik penternakan cacing nie. Aku harap, semuanya akan berjalan dengan baik.

Best gak, dapat kumpul sama-sama dengan keluarga bersihkan kilang yang bakal dijadikan tapak permulaan projek cacing Juara nie.

Tempatnya mana lagi kalau bukan Bukit Beruntung.

Tak sabar plak rasanya nak masukkan cacing kat ‘port’ kitaorang nie, namun apakan daya, sebagai orang baru dalam bidang penternakan cacing nie, kenalah belajar 100% supaya tidak mati cacing-cacing aku tu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Thursday, October 30, 2008

Perjuangan baru bermula

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari peluang dan ruang, kini sedikit terbuka peluang tersebut. Setelah berbulan-bulan bertarung nak mulakan perniagaan penternakan ikan keli, hari ini secara rasmi aku akan mencuba penternakan cacing dulu, setelah diperkenalkan oleh kawan aku saudara TAM.

Hanya mereka yang tahu sahaja kenal siapa TAM yang aku maksudkan.

Alhamdulillah juga, jika sebelum ini sibuk nak cari tanah…. Mula-mula nak beli, tak cukup duit nak sewa plak untuk buat keli tu, akhirnya untuk cacing nie, buatlah kat kedai-kedai kosong yang aku sewa di BB.

Semoga percubaan pertama aku ini akan membawa bahagia.

Kepada sahabat-sahabat yang dah Berjaya, mohon tunjuk ajar budak baru yang nak belajar ini. Sekiranya apa peluang lain pun yang mendatangkan rezeki halal, insya-Allah aku minat gak.

Sekian.

Tuesday, October 28, 2008

APA ITU CACING

Diantara lebih dari 1800 jenis cacing yang dikenal oleh para ilmuwan ada dua jenis cacing yang biasa kita pakai di dalam budidaya cacing dan proses pembuatan pupuk organik, yaitu jenis Caing Lumbricus Rubellus dan Eisenia Fetida (cacing Tiger/harimau) Cacing tanah jenis Lumbricus Rubellus adalah cacing tanah yang tergolong dalam kelompok binatang avertebrata (tidak bertulang belakang) yang hidupnya di tanah yang gembur dan lembab. Cacing ini adalah salah satu jenis cacing yang termasuk dalam kelompok cacing epigeic. Kedua jenis cacing ini sangat mudah untuk diternak ,selain itu perkembangbiakannya sangat cepat dibanding dengan jenis cacing lain.

Limbah kotoran sapi sangat bagus untuk pertumbuhan berat badan dan perkembang-biakan cacing lumbricus Rubellus. Apa bila kita masukan 1 kg cacing lumbricus Rubellus pada satu kotak yang berisi media campuran 1 kg serbuk gergaji yang telah kita rendam dalam air dengan tujuan untuk menghilangkan getah dan bau, dengan 3 kg kotoran sapi yang sudah lama atau sudah menghitam. Lalu kita berikan pakan dari ampas tahu atau ampas aren, maka dalam jangka waktu dua minggu cacing tersebut akan bertelur.

Setelah terlihat telurnya matang atau terlihat kekuningan, kita pisahkan antara cacing induk dengan telornya, induknya kita simpan kemedia yang baru dan telor yang berada dimedia tadi kita biarkan selama kurang lebih dua minggu, maka telor tersebut akan menetas setelah menetas baru kita kasih pakan secara rutin, dalam waktu satu bulan kemudian atau paling lambat 6 minggu cacing tersebut telah jadi dewasa dan siap bertelur seperti induknya.

Sementara itu, Induknya yang sudah bertelur, setelah dua minggu kemudian dia akan bertelur lagi. Terus begitu, bila pakannya bagus induk cacing tersebut setiap dua atau tiga minggu sekali ia akan bertelur. Dalam dua bulan dia akan menghasilkan empat keturunan, bila kita punya induk sebanyak 100kg dalam dua bulan kita akan punya 800kg calon anak cacing, bahkan bisa saja lebih karena setiap satu butir telur cacing lumbricus rubellus berisi 4 ekor anak cacing.

Cacing tanah menyimpan banyak khasiat. Kenyataannya, banyak orang yang mengonsumsinya untuk menyembuhkan beberapa penyakit, tanpa efek samping.
Menurut para ahli cacing Lumbricus Rubellus mengandung kadar protein sangat tinggi sekitar 76%. Kadar ini lebih tinggi dibandingkan daging mamalia (65%) atau ikan (50%).Beberapa penelitian telah membuktikan adanya daya antibakteri dari protein hasil ekstrasi cacing tanah yang dapat menghambat pertumbuhan bakteri gram negatif Escherichia coli, Shigella dysenterica, Staphylococcus aureus dan Salmonella thyp,Dari berbagai sumber para ahli dan pakar cacing mengatakan bahwa banyak sekali manfaat dan khasiat dari cacing tanah ini .

Diantaranya untuk :

Sembuhkan Typus menurunkan kadar kolesterolMeningkatkan daya tahan tubuhMenurunkan tekanan darah tinggiMeningkatkan nafsu makanMengobati infeksi saluran pencernaan seperti typus, disentri, diare, serta gangguan perut lainnya seperti maagMengobati penyakit infeksi saluran pernapasan seperti: batuk, asma, influenza, bronchitis dan TBCMengurangi pegal-pegal akibat keletihan maupun akibat reumatikMenurunkan kadar gula darah penderita diabetesMengobati wasir, exim, alergi, luka dan sakit gigi. (diolah dari beberapa sumber).

Juara Agro Resources

Assalammualaikum

Saya orang baru dalam perniagaan ini. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang telah berpengalaman dalam bidang penternakan ini, khususnya cacing dan ikan keli, harapnya sudi untuk menunjuk ajar saya.

Sekian, salam perkenalan dari saya….. Juara Agro Resources