Monday, November 10, 2008

Perjuangan ‘cacing’ sudah bermula.

Berbekalkan sedikit semangat dan simpanan yang ada kat CIMB Unit Trust, akhirnya niat aku untuk berniaga, insya-Allah akan menjadi kenyataan. Jika sebelum ini, aku berhasrat untuk menternak ikan keli, namun disebabkan beberapa masalah terutamanya mendapatkan lokasi atau tanah untuk projek ikan keli ini, akhirnya aku ditemukan dengan projek lain…. Cacing.

Lebih best, rupa-rupanya Rostam @ TAM motosport yang menjadi ‘dalang’nya. Jika dengan dunia bermotoran, dia dikenali dengan nama Tam Motosport tapi dalam arena projek cacing nie, dia dah jadi Tam Agro Ventures.

Aku berminat untuk turut serta dalam projek ini, terus keluarkan sedikit `simpanan hari tua’ di CIMB Unit Trust, dan buka Juara Agro Resources untuk projek cacing nie.

Dengan bantuan Hery, yang telah pun berhenti kerja kat ‘opis’nya tu, akhirnya kami dapat menyewa sebuah kedai ‘terbengkalai’ di Bukit Sentosa 2, tempat bermulanya projek ini nanti. Mak dengan abah pun bersemangat, selain bini aku yang faham dengan `karenah poyo’ aku nie. Insya-Allah, kalau semua sepakat dan kerjasama… projek cacing nie boleh berjaya, kalau orang lain boleh kenapa tidak dengan kita.

Alhamdulillah, petang tadi aku sempat ke Tam Agro, untuk melihat 6 kilo cacing pertamaku… insya-Allah dalam masa terdekat nie, dapat lagi 4 kilo. Kalau ada duit lebih nanti, aku rancang nak tambah lagi 10 kilo…. Okey ker Bro-TAM? Buat sahabat-sahabat lain yang telah pun menceburi bidang nie, tolonglah tunjuk ajar saya. Saya budak baru belajar, tolong-tolonglah tunjukkan agar saya juga boleh berjaya....

2 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Syabas diucapkan kepada Juara Agro Resources (JAR) kerana berjaya menjalankan perniagaan cacing ini. Berharap JAR dapat tempuhi segala rintangan yang bakal mendatang.

Berkenaan projek ikan keli, Pemuda IKS kini masih lagi di peringkat awal. Tanah sudah ditolak, kini sedang menanam tiang-tiang konkrit dan menanti tempahan kolam kanvas siap untuk dimuatkan ke dalam kawasan itu. JAR akan diberitahu akan segala perkembangan projek Pemuda IKS.

Pemuda IKS ada satu lagi projek ikan keli menggunakan kolam fiber. Projek tersebut masih lagi di tahap "sourcing" setelah segala "paperwork" disiapkan.

Pemuda IKS kagum dengan usaha JAR. Jangan mudah berputus asa. Jangan takut menyahut cabaran. Lebih besar risiko, lebih besarlah habuannya jika kita bersungguh-sungguh. Fokus dengan perniagaan ini dahulu, Pemuda IKS akan fokus dengan projek ikan keli. Akan tiba masa untuk kita berbincang mengenai kerjasama di masa hadapan. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Juara Agro Resources said...

Terima kasih atas semangat dan dorongan yang diberikan.

Ianya akan memberikan dorongan dan kekuatan agar pihak kami dapat terus memperkasa ekonomi keluarga dan bangsa selaras dengan perjuangan kita selama ini.

Semoga Pemuda IKS juga akan berjaya mencipta sejarah sebagai Pemuda contoh yang berjuang atas dasar perjuangan parti, bukannya perjuangan retorik sesetengah pihak yang hanya tahu bercakap tanpa membuat sesuatu. Tq