Monday, March 16, 2009

Kursus Anjuran PPIBM Di Kg Bukit Badong, Ijok



14 Mac lalu, Juara Agro telah mengikuti Kursus Teknik Pembenihan Ikan Keli secara Aruhan, anjuran Persatuan Penternak-Penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) di Kg Bukit Badong, Ijok.

Banyak ilmu penternakan ikan keli dan proses membenihkan ikan yang dipelajari mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada penternak-penternak.

Semoga usaha murni PPIBM ini akan terus mendapat kerjasama dari semua agensi, kerajaan negeri dan pusat untuk sama-sama membangunkan usahawan dan penternak bumiputera yang mampu bersaing dengan lebih sempurna.

TQ PPIBM.

Saturday, March 7, 2009

Ikan keli, cacing ….. `Juara Agro' bertanam plak.





Bukan ajer ternak ikan keli, cacing tapi Juara Agro juga sekarang nie sibuk bertanam sayur plak. Bendi, kacang panjang, pisang dan bayam…. Kini ditanam di belakang kedai Juara Agro… Bukannya apa, jangan membazir tanah yang terbiar di belakang kedai, dapat gak hasilnya nanti.

Tak payahlah nak ke pasar setakat nak beli bendi 2-3 batang. Next round, nak tanam tomato dan cili plak… tapi kat depan rumah di Jalan Tanjung BB. Sekadar suka-suka, nie semua kerja Hery gak… kalau nak harap aku (MF)…. Tahun depanlah baru nak berbuah.

Projek keli Juara Agro dah bermula.

Setelah menunggu hampir setahun, Alhamdulillah Khamis lalu projek yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan. Bukan projek jutaan ringgit aku idamkan, bukan projek A jadi igauan aku….sekadar projek penternakan ikan keli yang bukan projek jutaan ringgit atau projek berkelas-kelas…. Telah berjaya bertapak di kedai aku di Bukit Beruntung.

Setelah projek cacing bermula November 2008, semalam 12000 ekor anak benih ikan keli mendiami 5 kolam kanvas yang kini dijaga adik aku….Hery (projek manager).

Insya-Allah, kalau dapat bantuan pinjaman sikit dari Tekun atau Tabung Ekonomi Belia… aku nak upgrate sikit projek ikan keli dan cacing nie. Aku nak tambah 12 kolam lagi ikan keli selain tambah 10kg cacing night crawler untuk meningkatkan lagi pengeluaran baja kompos …. Juara Agro Resources.

Semoga projek ini akan mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan….bukan nak kaya pun, sekadar membantu meringankan beban keluarga dan memberikan peluang untuk aku adik aku berjaya sebagai usahawan plak. Aku share partner ajer.

Kalau ada kawan-kawan nak baja kompos tu…. Bolehlah hubungi aku. (
juara.agro@gmail.com). Okey…chow dulu yea.

Thursday, March 5, 2009

Update Projek Ikan Keli…




Semalam, sampai 3am…. adikku merangkap Pengurus Operasi, Hery dan kawannya, Azan menyiapkan kolam. Akhirnya…inilah hasilnya. Insya-Allah, Sabtu ini ikan akan sampai. Ambil kat Nilai selepas ikan yang kami tempah di Tg Malim hanyut dek penangan banjir.
Penat gak tgk depa-depa nie berusaha keras dari petang ...tak siap-siap. Tapi Alhamdulillah, jika berusaha dengan gigih.... semuanya akan berjaya. Good Job bro.

Tuesday, March 3, 2009