Tuesday, July 21, 2009

67 kg + Sahabat Agro

Alhamdulillah, semalam penjualan pertama keli Juara Agro.... Dapat jual 67kg ikan keli dengan harga RM3.30 sekilo. Insya-Allah, lagi 2 minggu menyusul lagi 2 kolam ikan keli.... bersedia untuk dijualkan.

Dalam masa terdekat nie, akan ada pertambahan 5 kolam kanvas dan 3 kolam polytank milik Sahabat Agro.... Juara Agro + Sahabat Agro : akan memperbagaikan usaha untuk memantapkan penternakan ikan keli di Bukit Beruntung nie.

Thursday, July 2, 2009

Keli dan ketutu... apa yang nak update




Usaha memajukan penternakan ikan air tawar... keli dan ketutu. Projek 2K yang belum tahu penghujungnya.


Seronok tgk ikan2 keli nie meroyan bila menyambar makanan yang dibaling kpd depa. Tapi makanan yang dibenarkan hanya Palet sahaja tau.... atau kalau ada roti yg tidak dimakan, boleh gaklah.


Apa lagi yang nak di updatekan kat blog Juara Agro nie. Ikan keli dah besar-besar, masih belum bersedia untuk dijual, namun Alhamdulillah, Juara Agro telah dijemput untuk mendengar taklimat dari Bank Agro cawangan Hulu Selangor untuk cabaran projek Keli 5 tan seminggu.


Satu cabaran yang besar buat penternak-penternak keli di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung nie. Alhamdulillah, Bank Agro juga bersedia menyediakan pinjaman kepada penternak untuk memulakan perniagaan ataupun membesarkan projek.

Ini peluang terbaik, sebab dah 6 bulan menunggu pinjaman TEKUN, masih tak nampak hasilnya. Apa masalahnya, aku pun tak tahu.

Yang pasti, adik aku.... Hery dan Alip dah berkongsi projek membela ikan ketutu plak. Jika sebelum ini ada kira-kira 40 ekor ketutu kat sini, sekarang dah tambah lagi 100 ekor lagi (kawan hery ada bagi gak ketutu kecik2: maknanya adalah 100 lebih).