Saturday, March 7, 2009

Projek keli Juara Agro dah bermula.

Setelah menunggu hampir setahun, Alhamdulillah Khamis lalu projek yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan. Bukan projek jutaan ringgit aku idamkan, bukan projek A jadi igauan aku….sekadar projek penternakan ikan keli yang bukan projek jutaan ringgit atau projek berkelas-kelas…. Telah berjaya bertapak di kedai aku di Bukit Beruntung.

Setelah projek cacing bermula November 2008, semalam 12000 ekor anak benih ikan keli mendiami 5 kolam kanvas yang kini dijaga adik aku….Hery (projek manager).

Insya-Allah, kalau dapat bantuan pinjaman sikit dari Tekun atau Tabung Ekonomi Belia… aku nak upgrate sikit projek ikan keli dan cacing nie. Aku nak tambah 12 kolam lagi ikan keli selain tambah 10kg cacing night crawler untuk meningkatkan lagi pengeluaran baja kompos …. Juara Agro Resources.

Semoga projek ini akan mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan….bukan nak kaya pun, sekadar membantu meringankan beban keluarga dan memberikan peluang untuk aku adik aku berjaya sebagai usahawan plak. Aku share partner ajer.

Kalau ada kawan-kawan nak baja kompos tu…. Bolehlah hubungi aku. (
juara.agro@gmail.com). Okey…chow dulu yea.

No comments: