Thursday, August 27, 2009
Wednesday, August 5, 2009
Tuesday, July 21, 2009
67 kg + Sahabat Agro
Dalam masa terdekat nie, akan ada pertambahan 5 kolam kanvas dan 3 kolam polytank milik Sahabat Agro.... Juara Agro + Sahabat Agro : akan memperbagaikan usaha untuk memantapkan penternakan ikan keli di Bukit Beruntung nie.
Thursday, July 2, 2009
Keli dan ketutu... apa yang nak update
Usaha memajukan penternakan ikan air tawar... keli dan ketutu. Projek 2K yang belum tahu penghujungnya.
Seronok tgk ikan2 keli nie meroyan bila menyambar makanan yang dibaling kpd depa. Tapi makanan yang dibenarkan hanya Palet sahaja tau.... atau kalau ada roti yg tidak dimakan, boleh gaklah.
Satu cabaran yang besar buat penternak-penternak keli di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung nie. Alhamdulillah, Bank Agro juga bersedia menyediakan pinjaman kepada penternak untuk memulakan perniagaan ataupun membesarkan projek.
Ini peluang terbaik, sebab dah 6 bulan menunggu pinjaman TEKUN, masih tak nampak hasilnya. Apa masalahnya, aku pun tak tahu.
Yang pasti, adik aku.... Hery dan Alip dah berkongsi projek membela ikan ketutu plak. Jika sebelum ini ada kira-kira 40 ekor ketutu kat sini, sekarang dah tambah lagi 100 ekor lagi (kawan hery ada bagi gak ketutu kecik2: maknanya adalah 100 lebih).
Thursday, June 11, 2009
Perkembangan Terkini....
Operasi 'gredding', minggu lepas.
Lama betul tak update... tak tahu nak update apa selain membiarkan ajer ikan2 keli, ikan ketutu dan cacing-cacing tiger aku membesar dan membiak dengan sebaiknya.
Itu ajerlah yang boleh dibuat untuk sementara nie, hajat nak upgrade dan membesarkan projek ikan terkandas disebabkan kekurangan modal. Tunggu punya tunggu pembiayaan TEKUN, dari 15 Jan sampai sekarang belum dengar khabar.... Kalau boleh, aku nak besarkan dengan tambah kolam dalam 10 kolam lagi di Juara Agro selain projek kerjasama dengan Pie Wagini utk projek di tanah bapanya Kg Kubu Gajah, Sungai Buloh.
Wednesday, April 1, 2009
PPIBM buat kursus lagi di Selangor
Persatuan Penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan lagi kursus penternakan kepada mereka-mereka yang berminat dan usahawan baru.
Kursus akan diadakan di Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor, Jalan Utas 7/15, Sek 15. Shah Alam, Selangor.
Berikut adalah maklumat mengenai kursus anjuran PPIBM:
4hb April 2009 (Sabtu)
1) Pembenihan Dan Ternakan Ikan Keli
2) Pembenihan Dan Ternakan Ikan Puyu
5hb April 2009 (Ahad)
1) Pembenihan Dan Ternakan Ikan Talapia Merah
2) Teknologi Mengunakan Teknologi Fertigasi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. SAIFUL 013 - 222 3579 atau Pn. GEE 012 – 9750875. Atau saudara boleh rujuk di webblog rasmi Persatuan di www.ppibm.wordpress.com .
Adalah dinasihatkan agar mereka-mereka berminat untuk untuk berurusan terus dengan pegawai persatuan, tanpa melalui orang ketiga agar tidak ada sebarang penipuan berlaku.
Majulah Industri Ikan Untuk Negara.
Monday, March 16, 2009
Kursus Anjuran PPIBM Di Kg Bukit Badong, Ijok
Banyak ilmu penternakan ikan keli dan proses membenihkan ikan yang dipelajari mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan kepada penternak-penternak.
Semoga usaha murni PPIBM ini akan terus mendapat kerjasama dari semua agensi, kerajaan negeri dan pusat untuk sama-sama membangunkan usahawan dan penternak bumiputera yang mampu bersaing dengan lebih sempurna.
TQ PPIBM.
Saturday, March 7, 2009
Ikan keli, cacing ….. `Juara Agro' bertanam plak.
Bukan ajer ternak ikan keli, cacing tapi Juara Agro juga sekarang nie sibuk bertanam sayur plak. Bendi, kacang panjang, pisang dan bayam…. Kini ditanam di belakang kedai Juara Agro… Bukannya apa, jangan membazir tanah yang terbiar di belakang kedai, dapat gak hasilnya nanti.
Tak payahlah nak ke pasar setakat nak beli bendi 2-3 batang. Next round, nak tanam tomato dan cili plak… tapi kat depan rumah di Jalan Tanjung BB. Sekadar suka-suka, nie semua kerja Hery gak… kalau nak harap aku (MF)…. Tahun depanlah baru nak berbuah.
Projek keli Juara Agro dah bermula.
Setelah projek cacing bermula November 2008, semalam 12000 ekor anak benih ikan keli mendiami 5 kolam kanvas yang kini dijaga adik aku….Hery (projek manager).
Insya-Allah, kalau dapat bantuan pinjaman sikit dari Tekun atau Tabung Ekonomi Belia… aku nak upgrate sikit projek ikan keli dan cacing nie. Aku nak tambah 12 kolam lagi ikan keli selain tambah 10kg cacing night crawler untuk meningkatkan lagi pengeluaran baja kompos …. Juara Agro Resources.
Semoga projek ini akan mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan….bukan nak kaya pun, sekadar membantu meringankan beban keluarga dan memberikan peluang untuk aku adik aku berjaya sebagai usahawan plak. Aku share partner ajer.
Kalau ada kawan-kawan nak baja kompos tu…. Bolehlah hubungi aku. (juara.agro@gmail.com). Okey…chow dulu yea.
Thursday, March 5, 2009
Update Projek Ikan Keli…
Tuesday, March 3, 2009
Friday, February 27, 2009
Mencuba sesuatu yang baru
Kami akan menceburi penternakan ikan keli plak. Insya-Allah, minggu depan 5 kanvas akan masuk berkongsi tempat dengan cacing, insya-Allah kalau ada modal nanti.... cacing akan berpindah ke kedai sebelah untuk memberikan ruang yang lebih selesa kepada ikan-ikan keli ini.
Kita hanya merancang, tapi Allah juga yang menentukannya. Kami akan terus berusaha, untuk mengembangkan perniagaan demi keluarga kami. Insya-Allah.
Tuesday, January 20, 2009
Cacing oh cacing
Tapi takpelah, kalau tak terjual gak nanti, aku simpan ajerlah....cukup duit nanti, aku nak usahakan tanaman sendiri, dah tak payah nak beli baja lagi... hehehe (Nak sedapkan hati).
Wednesday, December 24, 2008
Perkembangan projek…
Alhamdulillah… selepas dapat katil baru nie, cacing-cacing aku pun dah semakin baik, dan baja pun dah semakin banyak. Cuma tak jual lagi, masih ada ruang untuk perbaiki baja-baja ini.
Yang pastinya, aku dah tak gunakan serbuk kayu untuk dijadikan makanan cacing aku. Tak menariklah bro…. Cuma makanan tambahan yang aku gunakan ialah hampas tebu dan batang pisang yang dah busuk.
Wednesday, December 3, 2008
TOYOGO – rumah baru untuk cacing JUARA
Disebabkan beberapa andaian yang mengaitkan ‘kematian’ cacing-cacing aku sebelum ini, aku buat andaian mungkin disebabkan rak@container yang aku gunakan tak sesuai, mungkin terlalu kecil untuk setiap kg cacing.
Akhirnya… kilang Toyogo di Sg Buloh diserbu. Inilah hasilnya….
Saturday, November 29, 2008
Mati tiada berkubur
Mak tgk Hery punya cacing sebelum bersama Eija lakukan tugas rutin asingkan baja.
Baru-baru nie, pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan kematian cacing-cacing di kedai aku. Berdebar gak… sampai call Hery berkali-kali untuk memastikan jumlah kematian cacing aku.
Alhamdulillah, yang mati tak banyak sangatlah… adalah dalam 40 ekor. Kemudian selepas mendapat khidmat nasihat dari Dr Az dan Bro Tam… keadaan kembali terkawal.
Maybe, cacing-cacing baru baru-baru ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan medium ataupun sebab tak buka lampu di waktu malam, menyebabkan cacing nie jadi liar keluar dari mediumnya.
Apapun, ada berita baiknya. Banyak cocon baru (cocon nie macam telurlah), yang mampu melahirkan lebih banyak cacing.
Kedudukan rak juga dah berubah. Tambah satu rak baru, khususnya utk bro Azmi punya cacing. Apapun… selamatlah untuk seketika cacing-cacing aku nie.